Sunday, March 22, 2009

Workshop on Essential Skills for Library Staff


Dah lama saya tak update blog ini. Maklumlah, kerja ofis yang tak tertanggung banyaknya. Tapi, Alhamdulliah, bulan ni dapat meluangkan masa untuk conduct satu kursus yang bertajuk Bengkel Kemahiran Asas untuk Kakitangan Perpustakaan.

Dulu tajuk bengkel tu adalah "Workshop on Essential Skills for Library Support Staff" atau "Workshop on Essential Skills for Library Assistants". Tapi tahun ni tajuknya ditukar kepada "Workshop on Essential Skills for Library Staff" kerana bengkel2 terdahulu dihadiri bukan hanya dari kalangan kakitangan sokongan atau pembantu perpustakaan tetapi juga dari golongan professional termasuk pustakawan.

Apa2 pun tujuan mereka adalah sama untuk berkongsi maklumat dan ilmu dalam dunia kepustakawanan. Itulah yang menarik. Kali ni peserta menjangkau 32 orang. Memang mencabar tetapi semuanya berjalan dengan baik dengan adannya kerjasama dari semua peserta yang ikhlas berkongsi ilmu.


Kandungan bengkel tersebut adalah seperti dibawah:
1. Roles of the library and information centres.
2. Different types of information.
3. Acquiring library materials: Ordering, Receiving and End Processing
4. Organizing information
5. Collection Management and Preservation
6. Library Customer Services: Circulation and Reader Advisory Services
7. Online information searching

Kita juga berbincang mengenai isu-isu luar dari kandungan bengkel seperti promosi dan reference services.


Penganjur bersetuju untuk menganjurkan bengkel-bengkel yang lain dimasa yang akan datang seperti Counter Service Excellence, Cataloging for Non Print Materials, Serials Management, AARC2, Cataloging for Print Materials, IT in Libraries, LCHS Subject Headings. Untuk keterangan lanjut email kepada kntech1@yahoo.com .